Skip to main content

W-Preparation : The Hantarans Shopping

Assalamualaikum...
Huhu... mari kita bercerita pasal hantaran pulaks.
As usual, sunday is our 'date' time.
Hari Ahad itu kami keluar membeli-belah barang hantaran yang masih tak lengkap.
Kesimpulan saya boleh cakap ialah shopping barang lelaki adalah lebih susah. Cerewet. Phew.Phew.
Hahaha. For me la. 
Why?
En.Tunang saya akan berkira harga, brand, n few thing lagi.
Ah. Truly, this is first time we shopping his things, together.

Hari itu, saya biar sahaja dia shopping apa yang dia nak, (berdasar dalam senarai yang kami rancang). Nafsu shopping saya, saya kunci rapat-rapat. Saya dah set kepala 'its time for him shopping.'
Know what, dia pulak rasa bersalah sebab asyik dia shopping, tak shopping barang saya. Sibuk suruh saya shopping jugak. Hehe.
Saya shopping tak banyak, 2 produk skincare Pure Beauty - untuk add-on kat hantaran, 


dan sehelai skirt- preparation nak duduk kat rumah mertua nanti bila malas berkain batik. Hehehe. Cheating sikit tak apa ken? Seronok guling-guling tau dapat beli skirt ni sebab murah amat. Dari RM60, beli dengan harga RM25 je hokey. -Erm...no pic for now.

 Untuk dia, 

 2helai seluar slack + 2 helai kemeja

 Set belt + wallet

dan 2pasang kasut, which tak ada gambarnya.

Puas hati semuanya pada half-price tapi double for everything.
Erm... new things i learn about him. Seronok juga kan, belajar benda baru tentang orang yang kita sayang. Erm...Let me just keep the feel.
^__^

Kat mana kami pergi bershopping, 2 tempat jer, 1 Utama dan Kenanga Wholesale City. Pergi Kenanga tu nak cari kasut en.Tunang sebab tak silap pernah jumpa satu floor tu bayak kedai jual kasut lelaki masa saya pergi dulu tapi this time tak ada, yang jumpa kasut lain. Sambil menyelam minum air, saja nak survey pakaian memurah disitu, kat situlah beli skirt yang murah itu walaupun tak beli borong.

# Still hunting for jam tangan untuk kami, FILA untuk dia dan progress saya untuk jimat for vincii handbag. Owh. Saya gilakannya sekarang, say me crazy coz the handbag more expensive than my hantarans handbag.
 LOL.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d