Skip to main content

M-Life : Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013...

Hai!
Baru masuk kerja arinie.
Mood tenggelam timbul lagi bab kerja.
Pejabat pun lenggang lagi.
Alhamdulillah perjalanan balik kampung dan kembali ke KL selamat sampai tanpa jem.
Perjalanan balik kampung, pulang bertiga, kawan husband tumpang sama. 
Saya jadi mem besar tidur kat seat belakang. Hehehe.
Gerak balik kampung tepat jam 2petang, rabu.
Sebelum balik sempat lagi singgah bank buat buku ASB untuk husband. Bank pun lengang, kejap jer urusan selesai.
Sampai kat kampung, dirumah abah saya pukul 10.30pm.
Borak-borak, mandi, basuh kain baju semua, pukul 2am jugak baru nak masuk tidur.
Pagi raya, dekat jam 7am jugak baru kalut ribut nak bangun. Hikhik.
As always, tradisi keluarga saya, lepas solat sunat hari raya, beraya dirumah jiran 1-3buah rumah terus gerak melawat tok che dan beraya dirumah pak cik dan mak cik sekitar kawasan tok che tinggal.
2pm, sampai rumah abah semula, laki bini sibuk mengemas nak balik rumah mertua pulaks.

formal
 
aksi bebas
selenga!
this little girl so cute.mata dia macam pakai contact lens

Plan asal nak pakai baju nikah masa raya tak jadik sebab baju melayu husband dekat rumah mertua.
Maka, rembat jer baju melayu husband yang ada kat rumah tu.
Nasib baik wife dah prepare bawak balik baju yang ala-ala matching.
 Malamnya kat rumah mertua sibuk packing kerepek untuk jadi doorgift masa bertandang.

biruu

Hari raya kedua pun husband sibuk dok mengemas laman untuk pasang khemah segala.
Tengah hari itu hantar wife ke rumah pak cik jer pun untuk wife balik rumah abah.
Kebetulan abah dan kakak-kakak ada dirumah pak cik.
Husband pulak kalut nak pergi kenduri kawan kami. 
Saya malas nak ikut sebab nanti ambil masa untuk husband hantar saya pulak.

Hari raya ketiga, majlis bertandang...
Itu update entri lain.
Drama banyak sangat.

Hari raya ke-4, sibuk membasuh besen, pinggan, gelas, sudu sudip la.
2pm jugak gerak balik ke rumah abah sebab beg di situ.
Sampai rumah abah, kemas-kemas. Ingat dalam 6pm camtu nak gerak balik KL dah.
Abah cakap, tunggu dulu makan ramai-ramai dengan sisters semua baru gerak.
Fikir, yelah kiteorang balik tak sempat kumpul makan ramai-ramai pun lagi. So stay...
Pung-pang-pung.
9.30pm baru gerak balik KL.
5.30am, isnin baru sampai rumah.
Maka, harapan  benor kami nak pergi kerja kan?
Dengan dua-dua hidung dah k.o... 
Memang menjana MC la.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d