M2B : Chek-up 36 Week 4 Day

Assalamualaikum...

Hari khamis 10/4/2014.

Check-up macam biasa, alhamdulillah baby sihat dan aktif.
Berat bertambah 1/2 kg jer kali ni... Pelik jugak, rasa macam makan tak berhenti pun. Minggu mood makan nasi kukus, hari-hari nasi kukus.
Tak kisahlah sebab baby sihat, tambah lagi 2cm tang perut.
HB dah naik! On the border je pun, 11.0 tapi okey la nurse tak komen-komen dah.
Hiks. Demi baby, penat pun kite jalan jugak ke hospimart tu hari-hari untuk  nak cari jambu batu.

Malu bila tetiba husband tegur perut dah ada strechmarks dah sikit walaupun hari-hari dok sapu vcoa semua. Demi baby, kite sanggup jela ada strechmarks sambil terus berusah untuk menghilangkannya juga nanti.

 Claim off daripada OT, konon nak setel few things disamping pergi check-up.
But everything going mess... - Not to talk about it, maybe not the time yet to settle everything. Be positive.
Apa yang patut diselesaikan tak selesai, tapi tak sia-sia juga cuti.
Cousin husband yang di-warded dah boleh keluar dan minta tolong kami hantar balik rumah. Kalau kami tak cuti, might rumitlah untuk cousin tu balik rumah nak kena panggil teksi semua.
Lepas hantar cousin suami balik rumah, manja-manja dengan husband mintak belikan akok+ air kelapa pulaksss...

Hiks...
Mode hujung-hujung minggu kehamilan ni ialah bermanja dengan husband, makan sepuas selagi boleh, lepas ni kite berpantang dan diet untuk mendapatkan berat asal...



Comments

  1. Minum puas2 air kelapa yea. Pasni setahun berpantang. Hukhuk. Lg bagus next pregnant pulak bru minum kelapa. Hihi
    T.care yeaaa. Xlama dah tuuuu ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan...ada dengar itu petua xboleh minum air kelapa dah pasni...now hari-hari mintak husband beli air kelapa...mih3...

      Delete
  2. Assalamualaikum awak. sheila pun tak naik kg, siap turun sekilo lagi. pelik bin ajaib. hehe tak lama lagi tu awak, hehee get ready mommy ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak sabar-sabar menantikan saat dan tika...cheewahh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan