Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

More gifts...part 3

Assalamualaikum... Murah rezeki anak, ada je orang kasi baju lagi dan lagi... Mak tok belikan baju raya, kiut miut je. Rujuk entri SINI . Big thanks to mak tok yang sangat baik hati... baju melayu chomels siap ada lace di leher dan poket. Pergi jalan-jalan kat pasaraya econjaya bersama mak muda (wife abah), dia beria suruh kite pilih baju nak belikan untuk Thaqif... Kite layankan jelah, nanti tolak kang fikir kite sombong pulak. Kite kemain nak pilih saiz besar sikit, ambil la saiz m, sebab Thaqif pakai saiz s jenama pureen tu fit to him je sekarang. Sekali test, haila lebih kurang je sama besar dengan baju saiz s Thaqif tu. Layan jelah pakai selagi boleh.  Thank you opah muda... Baju siang sepasang dan baju tidur sepasang. Sayang sang cinta hati kena pikat keluarganya. Bakal mak sedara Thaqif pun beri hadiah baju jugak sepasang. Tq mak uda! Umi (kak long husband) kirim baju raya untuk mak tok, tok ayah dan kakak ainun (sepupu Thaqif) pun tak lupa belika

Diari Dapur : Puding berkuah kastad

Assalamualaikum... Lama tak de entri masak-masak dan makanan. Meh nak share resepi paling senang dan meletops sedap. Hihi... Untuk puding, kite guna puding yang siap je. Macam kat bawah ni. Beli yang campur flavour so bila masukkan dalam mangkuk besar, nampak comel je berwarna-warni. Kuah kastad : 1 tin susu cair 2 sudu besar kastad 3 sudu besar gula Masak semua bahan atas api perlahan hingga pekat sedikit,vtutup api. sejukkan dalam peti ais. Puding dibuka semua, susun cantik dalam mangkuk/ bekas sesuai, tuang kuah kastad. Makan sejuk-sejuk sedappp.... Kite buat berbuka puasa. Itu yang menghias dengan kurma, ngapp sekali. Sedappp.. huhu. Malam tu makan 2x puding ni. Idea bijak dan cepat, mudah untuk hidang pada tetamu raya ni. Nak buat stok puding banyak-banyak dan buat kastad. selamat mencuba!

cerita nak raya 2014

Assalamualaikum... Wah meriah sana sini pakat citer pasal persiapan raya, kuih raya. Bestnyaa... Untuk kite raya kali ni pun special sebab beraya bersama anak dan masih bercuti.  Cuti.Sepatutnya dah melapor diri masuk kerja Isnin 21/7/2014. Namun memikirkan jem yang bakal ditempuhi dalam bandar Kota Bharu diminggu terakhir ramadan dan seminggu awal syawal nanti maka meminta izin suami untuk terus bercuti. Minta izin suami dulu baru minta izin bos dipejabat yer... nasib baik bos perempuan sporting morting, okey jer nak sambung cuti menyusu selama sebulan lagi.Big yeay for me! 20/8/2014 baru masuk kerja ye. Raya rumah mertua.Kite, suami last minute tak jadi balik raya. Kawannya dapat cuti, dia tak dapat cuti. Sedih! Liat lutut juga nak balik rumah mertua (tahun ni turn beraya dirumah mertua dahulu) tapi sebagai menantu solehah kite gagahi juga balik sana. Hihihi... Sebenarnya serba salah minggu lepas masa nak balik rumah abah dah beria janji cakap minggu depan jumpa lagi,

Nuffnang mengelip-ngelip.

Assalamualaikum... Alhamdulillah, lately earning nuffnang laju je masuk. Rezeki anak la tu. Terus hari-hari berkobar-kobar nak sharing stories/info. Banyak nak bercerita ni tapi kadang masa tak mengizinksn sangat. Maklumlah melayan anak, tak pun line tenet yang sangat siput. Terima kasih sahabat blogger yang rajin singgah di blog kite... maaf tak reply komen ke ape. Update blog pun kite tulis kat note dulu baru up entri tau. CPUV Julai je ada 6. 6 jugak cpuv yang still on going. Nak-nak raya ni hope tambah lagilah cpuv yang menariks tertariks itu. Aminn...

cerita baju raya

Assalamualaikum... Earlier, tahun ni since gaji januari order kain sedondon kononnya untuk raya. Dah bayar semua, seller ntah ape-ape tiba-tiba kata tak ada stok plak, then tunggu dia order dengan supplier. Dari sebulan ke sebulan tak sampai jugak tak sampai. Mintak duit semula dia kata dia dah bayar dengan supplier tak boleh refund, supplier yang salah sebab tak hantar-hantar barang. Seminggu nak terberanak baru dapat kainnya. Grrr sangat... Dah beranak tak de masa oit nak pergi menempah baju dekat tailor lagi dah. Dah husband dapat kerja baru nun di JB, jadi tak semangat nak raya sebab husband kata tak dapat cuti. So tak plan beraya sakan la, pakai je baju yang adoo, kalau beli pun untuk baju nursing memurah gitu. Beli baju raya untuk anak cukuplah. Sekali husband balik hari tu kata dia balik hari off day. Sehari sebelum raya balik, dan kembali ke JB malam raya pertama tu.  Kembali semangat nak raya, itu pun bincang nak beraya juga beli baju siap jela. Dok dua minit belek al

Toys for my little boy from Hanikimu's Boutique.

Assalamualaikum... Pejam celik dah 2minggu pun kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Minggu pertama merangkak-rangkak puasa, minggu kedua makin segar. Alhamdulillah semoga stamina kekal ke akhir ramadan. Minggu ni mesti dah ramai excited siapkan baju raya untuk sendiri dan anak-anak kan. Hu. Kita plak tengah teruja beli toys untuk anak. Hehe... Sabar jelah anak ye. Ini pun untuk awak jugak. Kisahnya, atok kalau tengok tv sambil jaga Thaqif, malas layan Thaqif borak pastu umpan Thaqif dengan remote astro. Mulalah tangan Thaqif terawang-awang nak capai remote tu. Mula la atok bebel suruh belikan toys untuk Thaqif. So kesianlah dekat anak asyik diumpan remote astro je, kite pun lajulah survey toys untuk si kecil. Kite pilih beli soft toys sebab rasanya lebih sesuai untuk 0 month ++, disamping kembangkan minda, dan sel-sel otak baby dengan colors, bunyi serta selamat untuk baby gitu. Banyak membebel, moh tengok apa yang kite beli. Lamaze stick rattle. Bila Thaqif dah p

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman 2bulan.

Assalamualaikum.... Tiru Puan Imah buat entri pasal perkembangan anak. Bagus jugak. Nanti anak dah besar, rindu zaman dia kecik, boleh baca dan senyum sendiri ingat telatah dia. Hehehe. Hari 1-2 -berat masa lahir 2.81kg. -kena cucuk nangis senafas je. Hero sangat, sayang tidur sebenarnya. -siang tidur, malam berkepit dengan ibu je, tidur atas dada ibu je sebab susu kurang. Ibu tidur sambil duduk jela mampu. -mandi nangis. Hari 3-10 - masih suka tidur sebab kuning. Malam siang tidur je, bangun untuk susu sahaja. -susu ibu dah banyak, menyusu pun kuat jugak. -10hari, berat 3.1kg. -dah tak berbedung dah sebab cuaca panas, kalau bedung pun sekejap je tangan dah terkeluar dari bedung. -dah belajar isap guna botol, minum air zam-zam dan susu yang di pam. -panas tak tidurlah, nak kipas hookey. Pandai sangat. -dah tak nangis masa mandi Hari 11-20 -rajin dah bukak2 mata. -masih suka tidur jugak...jarang sekali berjaga lama malam2, sekadar untuk susu je

Bersalin dimana?

Assalamualaikum... Cerita bersalin dah, story2 pasal anak pun dah jugak sikit2. Namun soalan bersalin kat mana, ok ke, masih jugak menjadi soalan utama, marilah kita bercerita. Kalau ditanya nak bersalin dimana, mestilah idam di KBMC gitu, nak pilih doktor perempuan sambut kelahiran anak. Tapi fikir di hospital kerajaan pun tak kurang facilities dia. Lagipun di Kelantan ni kite ada tempat memilih nak bersalin dihospital mana.  Kite pilih HUSM, Kubang Kerian. Memang dari mengandung lagi, kite target nak bersalin di HUSM instead of HRPZii (Hospital Raja Perempuan Zainab ii-  Hospital Besar Kota Bharu). Kenapa? Kite rasa lebih selesa di HUSM, parking okey, wad selesa. Dah survey di HRPZii, padatnya wad bersalin dan wad-wad lain pun. Parking susah, dan ada jauh sikitlah. Jawapan yang selalu diberi pada orang yang bertanya, bosan dah g HRPZ, hari-hari kerja situ, bersalin kite tukar angin pergi hospital lain la plak. Masa kite bersalin that day, wad bersalin di HUSM penuh

Berpuasa bersama anak

Assalamualaikum... Tahun ni 1st time puasa dengan anak pulak. Pejam celik, sedar-sedar dah bersahur untuk hari ke-6 puasa. Sekejapnya masa berlalu. Mencabar juga berpuasa sambil bf ni. Syukur alhamdulillah susu meriah. Disebabkan bf, memang dahaga jelah terasa ketika baby menyusu. Hari pertama, kedua puasa itu memang sangat mencabarlah, baru nak biasakan diri tak boleh minum. Then hari seterusnya till sekarang, kite make sure sebelum tidur malam habiskan sebotol air 750ml, nak sampai ke sahur sebotol lagi. Okey itu part ibunya. Part anaknya pulak. Hari pertama berpuasa, kite bangun nak bersahur baby pun bangun sama. Layan jelah anak. Time berbuka bertiga je. Papa, ibu n Thaqif. Yeah. Menu bukan main dengan akok, yong tau fu, kuih cara, gulai ikan haruan MIL, som tam.  Ibu n papa tak sabar nak buka dengan menu yang menyelerakan tu. Mula-mula ibu papa ready nak buka puasa, Thaqif steady dok atas rocker. Ibu n papa sibuk memuji la baiknya dia, bagus. Orang azan, Thaqif pun sib

cerita berpantang

Assalamualaikum... Asyik cerita anak je, ibunya nak jugak enterframe cerita pasal sendiri. Kite berpantang secara bergilir, di rumah MIL dan rumah abah. Totally lari dari plan masa mengandung. Asalnya nak pantang rumah MIL seminggu dua then balik rumah sendiri je ( masa husband masih kerja di kelantan alasan kesian husband jauh ulang-alik kerja).  Selepas melahirkan si kecil kite plan nak balik rumah abah dulu few days selesakan diri. Tapi masa nak discaj abah suruh terus balik ke rumah MIL sebab tak ada orang tua nak jaga baby. Risau juga dan tak nak susahkan kakak kena ambil cutilah kalau nak jaga kite. Kite menurut ajelah, as long my husband besides me. Chewahh..so dari hospital kite terus follow MIL balik. Husband balik rumah abah kemas barang-barang kite bawa ke rumah MIL. Baru-baru bersalin dengan luka epi kat bawah tu, terseksalah sikit nak bergerak bangun ke toilet ke apa sebab dirumah MIL tidur kat tilam bawah je. MIL kite versi moden sikit kot,  pantang makan

1st time bawa anak dating

Assalamualaikum... Husband balik haruslah time untuk manja-manja dan dating. Dulu dating berdua, kini dating bersama si kecil pulak. 26 Jun 2014. Main point keluar nak cari baby carrier, al-maklum sehari ke sehari badan sikecil membesar bak juara, ibu makin kecik kata papa. Perlukan carrier la untuk membantu pergerakan kite nanti nak ke kedai ke mana-mana bersama anak. Hoho. Maka, selepas menziarah tok che, terus ke manjaku area tesco kota bharu  itu. Situ je nampak tempat nak membeli barang baby yang lengkap di Kelantan ni. Masuk mensurvey baby carrier. Agak hampa sebenarnya tak banyak choice. Ergo or boba idaman hati jauh sangatlah nak ada, yang ada sekadar brand biasa sahaja. Since nak beli jugak kite try jela apa yang ada. Muhamad Thaqif Aiman dok mengantuk nak tidur, tapi tak tidur pun. Maybe sebab 1st time keluar lama-lama, dia agak susahlah nak tidur. Sesi test carrier pun dia sibuk jilat carrier itu. Hadoiii... Mata dah stim kens, mulalah nak jilat situ sini dek ta