Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Thaqif dok dengan sape?

Assalamualaikum... Since dah masuk kerja, jumpa sorang tanya ' anak dok dengan sape?' Kite senyum sambil berkata ' dok dengan atok dia la' Terpinga semua orang dok pelik dan fikir bertapa hebat abah menjaga Thaqif... Hahaha... Itu semua hanya wayang hokey, jangan terlalu percaya. Besar rahmat dan syukur ke hadrat Ilahi. Kehadiran Muhamad Thaqif Aiman benar-benar membawa tuah kepada keluarga besar kami. Sejak awal kandungan lagi, kami selalu mendapat berita gembira. Alhamdulillah. (Dont complain nama anak kite panjang, I refuse nak gugurkan Aiman tu yang bermaksud bertuah, which sangat simbolik dengan kehadirannya dalam keluarga kami) Begitu juga dengan kisah pengasuh ni. Semasa kandungan menjangkau 7bulan lebih, abah mula dah tanya plan untuk baby, nak hantar nurseri atau rumah orang. Same time, abah dah aim orang untuk jaga cucunya ini. Kite setuju je nak letak rumah orang berbanding hantar nurseri. Pada masa tu kite tak tanya, atau selidik p

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman Day 61-90

Assalamualaikum... Pheww... Anak dah 3bulan 2minggu lebih, tak update lagi perkembangan anak going 3months. Alhamdulillah... Genap 2bulan kite dah tak pakaikan mitten dekat Thaqif dah. Let him explore around him with his hand. Dia explore sangat dengan masukkan tangan dalam mulut. Kadang-kadang both hands masuk mulut. 2bulan timbang berat 5.7kg dari 4.2kg masa umur sebulan. Terus naik 1.5kg kot. Patut lenguh semacam ibu mendukung dia. Dah pandai dah cari bunyi-bunyi. Laju je anak mata mencari kalau ada bunyi pelik atau orang tegur dia.  Kaki sibuk menendang kalau orang tegur dia, minta didukunglah tu. Pastu kalau acah hulur tangan nak ambil dia, badan sibuk gerak jugak, ringankan badan. Tegur, acah je tak ambil, terus nangis la. Dah ketawa mengekek-ngekek. Malam raya, orang dok main mercun pungpangpungpang, Thaqif sibuk dok ketawa mengekek dengan mak tok, pak uda, dan kakak Ainul. Haish! Sikit pun tak de terkejut atau nangis. Alhamdulillah. Kite ni risau sangat k

cuti panjang dah tamat

Assalamualaikum... Pheww. Akhirnya cuti 4 bulan yang panjang dah habis. Marilah kita kembali bekerja bak lipas kudung.  Abah dan anak datang hantar kite kerja... Thaqif tersenggih-senggih masa letak dalam carseat. Suka bebenor ye. Sepanjang perjalanan plak diam je memerhati ke luar tingkap.halfway dah nak sampai office baru merengek nak susu. Terus kite bagi susu la, versi dalam botol.  Sampai ofis, kiss dia, pesan dok bagus-bagus dengan atuk terus kite berpaling masuk ofis. Tak sanggup nak bye-bye. Huaaaa... Pastu sekarang bertahan je menyibukkan diri buat kerja sebab tak mahu telefon abah tanya keadaan anak. Hoho. Ibu sangat paranoid di tinggalkan anak pada hari pertama masuk kerja. Walhal memang dari minggu lepas lagi ibu dok mengarut rakam video anak nangis, anak gelak, anak borak sebab takut rindu masa kerja boleh tengok video dia. Over sangat... Here gambar Thaqif vs Naseem, anak sepupu kite. Sebijik kan diorang ni? Kalau  tunjuk gambar ni cakap adik beradik pun

typical ibu

Assalamualaikum... Lama tak update.entri raya pun tak dan update lagi.huhu. rindunye blog. Few days ago, dok borak dengan husband sambil ambil angin petang. Me : last week rasa semangat je nak masuk kerja balik, hari ni rasa rugi tak sambung cuti tanpa gaji tu hingga cukup bulan je. Husband : pulak? Me : such a typical mom, anak ekkekk sikit time dok dengan orang lain mesti gelabah nak cepat-cepat ambil dia. Sometimes rasa nak je cuti terus hingga saya puas jaga anak, boleh? Husband : sampai bila? Me : mungkin lepas 10-20 tahun kot, bila anak dah masuk kolej everything. Masa tu mungkin dah bosan anak dok jauh bolehlah kerja. Agaknya kolej valid parents boleh follow anak kat kolej pun i do, awasi dia kawan dengan sapa,choosing who my daughter in law. Haha... Husband : (jongket bahu) macam papadom pulak... Me : kan? Well what u think? Will he loves me always around him like that? Husband : over! Me : typical ibu! huh! Rasa baru je beranak semalam, anak tak pandai

Berpuasa bersama anak part 2.

Assalamualaikum... Alhamdulillah, lengkap sudah puasa sebulan, diraikan dengan Syawal yang mulia. Since kite dari berpantang dok pindah randah 10 hari rumah mertua, 10 hari dirumah abah, habis pantang sambung dengan puasa pun masih begitu. Lepas 5 ramadan yang kite dah cerita SINI , kite balik ke rumah abah. Berbuka puasa beramai-ramai dengan our stepmum, sisters and their families. Thaqif not behave well. Merengek-rengek je semasa nak berbuka. Kite makan, cik ngah dia yang meriba la. Hoho... Next day kite dok sesorang berbuka-abah biasalah sibuk dengan jemputan berbuka tak pernah putus, mak muda (wife abah) berbuka dirumahnya bersama anak-anaknya. Nervous jugak sendirian dengan anak je. What if anak tak nak duduk bawah, kite nak makan semua boleh ke handle kan? syukur alhamdulillah Muhamad Thaqif behave. Sama ada dia tidur atau bermain sendirian kala kite sedang berbuka puasa tu. Balik rumah mak tok, again dia tak tidur sangat masa berbuka. Mak tok la melayan dia masa ibu m