Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

SUITE ROOM HOTEL GRAND RIVERVIEW KOTA BHARU

Assalamualaikum... Khamis, 20 Ogos 2015. Kak Iza jemput Thaqif untuk join anak-anaknya mandi kat Hotel Grand Riverview  Sekalian jemput kami dan abah sekeluaga dinner disitu.  Kak Iza sekeluarga menginap kat situ. Kakak book 1 bilik suite dan 1 bilik biasa (with attach to suite room). I'olls kan jakun tak pernah masuk suite room. Haruslah sibuk snap-snap picture jugak. Masuk-masuk terus meja makan bulat untuk 4 orang, kat belakangnya kabinet almari ada peti ais dan 3 in 1 coffee/ tea. Maaf la terlupa snap gamboo yang itu. the living room.   (pintu yang terbukak belakng sana tu bilik lagi satu attach to the suite)  Bilik dalam bilik. Katil king yang memang best untuk melompat buat anak-anak. ^__^ View dari tingkap bilik. Direct sungai kelantan. Bilik air.  Bilik air. The robe everywhere.  Colorful toileteries just like candy.  bathtub and toilet with separate shower. Cool.  Heaven la bilik suite n

CPUV 24 Ogos 2015 : DKSH -Hiruscar

Assalamualaikum... Setelah menghilang ke kursus sebentar. Baru sempat update cpuv. TQ cik nuffy

#muhamadthaqifaiman : berenang di kolam renang Hotel Grand Riverview Kota Bharu

Assalamualaikum... 20 Ogos 2015 Tak habis-habis aktiviti berenang budak seorang ni. Kali ni join dengan abang-abang sepupu dia lagi kat Hotel Grand Riverview. Kelantan lately asal petang je hujan. Hujan lebat lak tu kadang siap petir ribut. Dah macam musim tengkujuh. In the lift Rasmi baju mandi dan float baru. Confident la ibu tengok dak Thaqif pegang float. Sape ajar ntah le. See berenang, kaki siap ke atas. Pandai sangat nak berenang. Walaupun baru lepas hujan dan hujan masih gerimis. Thaqif memang teruja mandi, tapi keterujaan dia melompat liuk lentok dalam air dengan float yang tak mencengkam badan dia membuat ibu melompat masuk dalam air dengan skirt baru balik kerja control dia dalam air. Aigoo. Basah lencun terus. Float baru tu tak sesuai lagi untuk Thaqif yang tak reti control pergerakan etc. Dok teruja-teruja dia berenang, sedar-sedar float hilang, Thaqif tenggelam.  Nasib baik ibu ada dekat untuk menyelamat. Huhuhu. K

Permohonan Ujrah dan Pengeluaran KWSP melalui akaun II untuk Pembayaran PTPTN

Assalamualaikum...  Sambung balik pasal PTPTN aritu. Dah setel segala isi borang potong gaji hat kite. Pastu tanya jugak pasal pinjaman husband. Boleh ke apply ujrah since husband tak amek kisah langsung pasal PTPTN sebelum ini. Jawapannya : Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam). Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI : Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau Peminjam yang telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama. Berkuatkuasa  1 Julai 2015  peminjam perlu menjelaskan  sekurang-kurangnya  50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat. Dah kata husband tak pernah amek tahu pasal PTPTN, haruslah tak pernah bayar pun PTPTN itu. Maka pastinya ada tung

Mee Udang Pak Man Lemal, Pasir Mas Kelantan

Assalamualaikum. Sambungan kisah lepas shopping di baby&kidz fair itu. Abes di pejabat PTPTN, balik rumah kemas beg nak balik Kemahang le pulok. Dah abes kemas, amek Thaqif dari rumah opahnya terus balik Kemahang. Tapi husband tak makan lagi maka suruh la singgah kat kedai makan sesiap kot kat umah mak takde makanan ke apa takkan nak keluar balik ye dok? Husband pun rambang berhenti. Rupanya berhenti di kedai Mee Udang Pak Man Lemal. Kedainya ditepi jalan je kat Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Kedainya sebelah kiri, betul-betul sebelum simpang nak ke Hospital Lati, Pasir Mas. Kedai sempoi je tapi makan sedap! Kite order nasi goreng kampung. Yang sampai nasi bak gunung dengan udang  4ekor beserta telur mata lagi. Gambar ni dah nak habis makan dah pun baru ingat nak snap gambar. Komen : Nasi goreng sedap penuh rasa manis-manis air udang gitu. Dalam nasi goreng ada sotong dan daging yang di potong kecil. Penuh sangat lauk tak tau nak makan mana. Husband order m

Bayar Balik PTPTN melalui Pemotongan Gaji

Assalamualaikum... Dah abes cuci mata, shopping halus-halus kat Baby & Kidz Fair sana terus ke Pejabat PTPTN. Sangka pejabatnya masih dekat area bangunan Mara sebaris dengan Hotel Habib tu sekali dah pindah ke Tunjong sana. Rujukan  untuk alamat --->> PTPTN KELANTAN  Banyak la tanya-tanya pegawai tu pasal PTPTN, Ujrah, SSPN, bayar PTPTN dengan duit KWSP dan pandangan terbaik untuk menyelesaikan PTPTN etc. Nasib baik pegawai PTPTN tu menjawab dengan sabar je segala persoalan kami. Alang-alang dah sampai pejabat PTPTN kan, utarakan jelah segala yang terbuku dijiwa. Untuk buat pembayaran balik pinjaman PTPTN ni ada banyak cara sebenarnya iaitu melalui Kaunter PTPTN,  Pemotongan Gaji, Perbankan Internet, e-FES, akaun II KWSP, EDC Terminal (pembayaran tanpa tunai menggunakan kad atm/debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS), dan mypayPTPTN (apps dalam telefon pintar) Untuk buat pemotongan gaji macam kite, isi borang -->>   Borang Kebenaran Potongan G

Kelantan Baby & Kidz Fair ( 13-15 Ogos 2015)

Assalamualaikum... 13 Ogos 2015. Husband masih bercuti. Hari Khamis dah balik awal tapi kite lagi mintak balik awal dengan alasan nak pergi ke pejabat PTPTN untuk mengisi borang potong gaji. Minggu sebelum tu dapat memo KKM wajib bayar PTPTN dengan cara potong gaji maka nak pergilah menunaikan tanggungjawab. Sebelum balik tu sempat pergi jamuan raya dahulu makan kenyang-kenyang. Sempatlah rembat sepinggan kambing golek untuk husband yang sedia menanti wife. Dah abes husband makan. Moh la bergerak ke Baby& Kidz Fair di KTC itu dahulu sebelum pergi pejabat PTPTN. Lunch hour. Orang pun baru mula nak terjah jugak la fair ni. Sebelum masuk, daftar dulu kat kaunter pendaftaran  untuk dapat goodies bag. Pergi husband wife dapat le 2pcs goodies bag.  Sabun dan chewing gum dah selamat sampai kat Johor dah. Diapers jelah dapat kat Thaqif. Pusing-pusing. Memula target tengok harga diapers dan dapatkan sampel. Kikiki... I love freegift aka sample.

Kids & Baby Section @ Mr.DIY

Assalamualaikum... Rabu.12 Ogos 2015. Husband baru sampai dari Johor pagi tu. Petangnya dah abes exam undang-undang terus mengajak husband singgah Mr.DIY. Saja target survey aksesori kereta. Pastu dah sampai mr.DIY husband blurr-blurr je nak beli aksesori apa. Maka cuci mata jelah mencari ilham untuk projek kite yang akan bermula soon. Hahaha. Projek suka-suka, minat. -Kang dah menjadik baru boleh cherita naa... Cuci mata mestilah terjah je semua seksyen. Bila masuk seksyen mainan, anak-anak semua mestilah terfikirkan anak teruna kat rumah. Plan nak beli itu ini. Perangai mak-mak sangat. Dah terfikir je tak jadi jugak. Mestilah grab jugak sesuatu untuk anak bertuah #muhamadthaqifaiman itu.  Buku, pre-walker shoes dan float baru. Actually pre-walker dah tak valid untuk Thaqif yang dah boleh berjalan tu. Tapi pre-walker shoes tu memang idaman sejak dahulu. Sebijik sebijan camni custom made punya mencecah RM60-99.  Ibu telan air liur je nak beli. Tup-tup jumpa kat Mr.

The Exam Day : Mari Melompat

Assalamualaikum... Memula malas nak cerita pasal exam tapi tak best skip-skip cerita. 11/8/2015 Hari pertama exam. Mati-mati ingat exam mula 8.30am padahal 9.30am. kemain awal keluar rumah. Singgah makan roti canai bagai pun sebelum 8.30am dok depan dewan dah. Abah cakap awal lagi, pergi la melepak ditepian Pantai Cahaya Bulan nan permai sambil melayan Thaqif main lompat-lompat. 9am terus kembali semula ke Kem Kijang untuk exam. Abah pergi melawat saudara kat area PCB tu jugak. Habis exam 12.30pm singgah pejabat kejap kutip buku untuk exam hari seterusnya, pastu beli nasi kukus untuk makan di tepian pantai Irama, Bachok sebab seterusnya nak pergi melawat baby Farhan lagi. Thaqif dok tepi pantai syok la main pasir bagai sesambil disuap nasi dan ayam goreng. Dah pergi melawat baby Farhan, dah 4pm- sekali lagi singgah Pantai Irama. Kali ini kasi chance kat Thaqif mandi-manda plak. Again, tak prepare apa. Mandilah dak Thaqif tak berbaju. Ibu berbaju kurung pun lencun

Susu Formula

Assalamualaikum... Masih full breastfeed ke? ^__^' Kite tak kuat sangat la untuk full breastfeed Thaqif macam dahulu. Thaqif diberi FM kalau ditinggalkan. BF ketika dengan ibu, dan waktu malam sahaja. Lagipun opah pun lagi syok dan mudah sediakan FM la kot sekarang sebab kalau bekalkan EBM macam eh terlupa la nak kasi, dok ada dalam peti lagi susunya. Taklah salahkan opah atau atoknya gitu tapi jadi was-was plak kot EBM yang terlupa diberi tu rosak ke apa kan. Maka, baik tenteram hati terus kasi FM la. Memang ada educated pasal EBM kat opah atok tapi mungkin mereka terlupa rules etc tak sedap jugak nak remind sokmo. Lagipun Thaqif pun boleh terima FM dan Thaqif kuat je makan. Makan je semua. Just go for FM pun takpelah. Pastu mula la orang tanya Thaqif minum susu formula apa sekarang sihat jo nampak... Hiks. Jawapannya Thaqif minum susu free je ??? Awal-awal Thaqif minum susu FM kite kasi Lactogen (lepas banjir bulan 12 haritu). Susu memurah cukuplah e

Senyum Sabtu : smile

Assalamualaikum. Do you have teeth?  Keep smiling! 

CPUV 18 OGOS 2015 : Welcome to Shell Campaign

Assalamualaikum... Again. Entri tertinggal keretapi. Alhamdulillah... More info : Welcome to Shell **maaflah sibuk melanda. next week baca je aktiviti kite minggu lepas naa...kite schedule siap-siap pasal minggu depan pun sibuk jugak nak pergi kursus pulok. Minggu seterusnya pulok baru cerita lagi. Doakan urusan kite dipermudahkan semuanya ye...

CPUV 14 Ogos 2015 : KFC -Ka$h Card Launch

Assalamualaikum... Sibuk menghimpap diri. Lupa nak update cpuv baru masuk Jumaat minggu lalu. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ogos setelah sendu di bulan Julai.

Rezeki berpagi-pagi

Assalamualaikum... Rezeki berpagi-pagi. Agak lebat. Alhamdulillah. Pagi-pagi datang kerja cek e-mel dulu. Trumerx hantar e-mel. Saja la cek akaun trumerx sekali. Kalau ingat entri 4 ketul RM5 je. I join the membership tu kan. See... ada TRM16.50 Seronoknya! Boleh beli ubat gigi banyak-banyak lagi. Hahaha... Target itu je padahal banyak je produk lain lagi. Ubat gigi dia best jelah! Next, menang pulak giveaway Rania Turns 1. Walaupun hadiah saguhati tapi alhamdulillah rezeki jugak. Lagi, minggu depan kena kursus 3 hari 2 malam. Tengok jadual macam taklah over pack so plan angkut sekali Thaqif, atok dan opah. Ingat nak book bilik lain khas. Sekali, boleh je request kat urusetia nak bilik asing dengan syarat bayar 1/2 harga. Alhamdulillah. Survey-survey kalau book personal harga bilik tu RM180+ per night. Tapi dah sekali book untuk kursus ni harga bilik tu RM120 je. Okey la. Layan kursus sambil bercuti, boleh?  Aktiviti Thaqif nanti mandi-manda kat k

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Berlari-lari...

Assalamualaikum... Tudia... Minggu lepas sungguh terasa seperti berlari-lari je study untuk exam, husband balik etc.  Husband balik biasalah bertambah-tambah sibuk. Sibuk dating. Sibuk balik rumah MIL. Etc.  =p Jengok blog pun sat-sat je. Tapi aktiviti last week memang full, pack. Maka banyak cerita nak share. Shopping. Makan. Exam? Cerita lite-lite sahaja la nanti sebab tak berapa semangat je tahun ni. Anyway, nanti kite up satu per satu.  Mohon bersabar banyak-banyak. Owh.  Now, kite kat seksyen casemix berseorangan. Al-fatihah buat rakan sekerja kite, Abang Pin yang telah kembali kepada-Nya. Baru je Khamis tu borak-borak dengan dia. Dia suruh sign borang cuti dia untuk semalam, sebab nak pergi bercuti. Tak sangka pulak terus tak jumpa dah.

CPUV 10-12 Ogos 2015 : UforLife_Launch[PC] ; Maggi Royale of The Day ; Saturday Night Fever : The Musical ; KFC-Zinger Rice Wrap

Assalamualaikum... Tudiaaa... Lama si dia dok main cikucak je bertandang kat blog kite. Nah!  Kite tak jengah blog terus dia datang berdezuttt -dezutt...  Terkejut i'olls. Alhamdulillah. I lap u ketat-ketat la nuffnang... 10 Ogos : UforLife_Launch[PC] - Nak beli insurans secara atas talian boleh rujuk ==>> UforLife  11 Ogos : Maggi Royale Of The Day - Okey terus rasa lapar niii kenapa! Dah kenyang nanti jom join contest kat ==>  Maggi Royale Of The Day 12 Ogos : Saturday Night  Fever : The Musical - Sudah makan kenyang jangan tidur. Jom booking tiket menari nak kurangkan lemak kat ==> Saturday Night  Fever : The Musical 12 Ogos : KFC-Zinger Rice Wrap - Dah habis menari comfirm lapar balik, jom laju-laju pilih menu  KFC-Zinger Rice Wrap .

Kerja 2 Hari, Cuti 5 Hari- Kita Nak Ke Mana?

Assalamualaikum... Minggu lepas dok tengok tarikh cuti umum tahun 2016. Teringat pulak november nanti cuti 5 hari. Deepavali (Selasa-10 November), Hari Keputeraan Kelantan (Rabu&Khamis-11&12 November) bersambung dengan cuti hujung minggu (Jumaat&Sabtu-13&14 November). Sebagai perancang kewangan keluarga merangkap perancang cuti dan segala-galanya, of course la kalau time ada cuti panjang begini tak harus dibazirkan dengan duduk dirumah bersahaja. RUGI! I'olls suka cuti bersambung ni bukan cuti umum(merujuk pada hari keputeraan sultan kelantan). Kelantan je cuti sebab nanti taklah kalut dengan orang ramai di tempat bercuti.  Masalahnya, tempat bercuti tu... Nak bercuti ke mana? Grrr... Stress. Bajet kecik-kecik je. Mula-mula kite plan nak ke Johor la. Spend time dengan husband dan anak je. Tambah tolak harga tiket flight ke Johor dua beranak hampir RM500, belum termasuk kos menginap di hotel, jalan-jalan etc. Nak pergi dengan bas jimat sikit tapi fik

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Assalamualaikum... Copy paste dari status facebook. Kite rasa ini menarik, dan patut dikongsi dengan kawan-kawan blog juga. Jom sama-sama jadi orang kaya. Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni : 1. Lepas makan kat restoran / gerai makan , tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat. 2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu. 3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian. 4. Cuba ubah tempat kit

MERDEKA GIVEAWAY DARI KASUTKACA15

Assalamualaikum... saya join merdeka giveaway dari kasutkaca15. semoga murah rezeki saya.

Emosi. Al-Fatihah.

Assalamualaikum. Hari ni datang kerja pagi-pagi terus emosi. Photographer shoot pre-wedding kite dulu meninggal. Al-fatihah. Terkilan sangat. Jumaat pagi, bangun pagi tu tak tahu kenapa kuat sangat ingat kat cik lee. Dok terbayang-bayang cik lee dok ajar kami pose. Teruslah cakap i want him again shoot our family photo. Sebenarnya sejak pergi KL hari tu lagi nak shoot, tapi masa tu kami like chasing time. Tak mampu la. Tup-tup tengah hari jumaat tu dok browsing FB, ternampak post wife nya cakap cik lee kritikal. Allah.  Sebak je kite. Laju-laju suruh husband update anything about him thru FB. Line kat rumah kite  kan kejap ok, kejap tak. Memang harapan nak keep update tu low.  Husband cakap thru komen, ada yang cakap cik lee kena rompak dan mengalami pendarahan otak yang serius. Dalam dok mintak update, tapi terlepas juga info.  Cik lee meninggal pagi semalam. Baru tahu pagi ni. Al-fatihah yang tak putus kala teringat dia.  Sedih kite. Sedih lagi Kak

Kedai RM2 : Nak beli gula-gula je

Assalamualaikum... Pergi breakfast dengan officemates. Lepas makan, Kak Na mengajak pergi kedai RM2 kat sebelah kedai makan tu nak beli gula-gula. Okey la balang gula-gula memang dah kosong, (kataku didalam hati) Sampai kedai RM2, grab 2 pack gula-gula, pastu jalan-jalan jumpa buku cerita.   Beli la untuk baca kat Thaqif. Ambil dua. Jalan-jalan lagi. Eh. Paperbag la. RM2-5pcs. Ambil la mudah nanti nak bagi hadiah ke apa. Maklumlah sejak jadi ibu, kawan dengan ibu-ibu yang baru beranak etc, mesti nak bagi hadiah kat babies. Boh dalam paperbag baru cun. Pastu bawah rak paperbag tu ada pulak office file. 4pcs RM2. Ini mesti ambil, kan fail  kat rumah tu tak cukup lagi. Fail tu nanti kite cerita ehh guna watpe.

Senyum Sabtu : Boyfriend Vs Husband

Assalamualaikum... Yes or No?

Reload and get 30% credit at 11street

Assalamualaikum... Best deal ever kat 11street ialah reload murah. Muahahaha... Hari tu kemain nak reload guna shopback semata-mata nak dapat 10% cashback. Sekali bukak 11street reload RM10 dapat 30% credit 11street. Sungguh iman tak kuat. Rasa nak reload hari-hari. Padahal reload RM10, sebulan pun belum tentu habis. Berangan nak reload hari-hari. Hehehe... Over. Jimat korang. Mudah je. Reload, pastu komen la apa-apa kat situ, terus dapat credit RM3.18. 4-5x reload, insya-Allah dapat tebus baucer KFC tu tanpa bayar apa-apa.  DIGI, CELCOM, HOTLINK semua kite dah reload guna 11street. Abah nak reload pun, kite hasut abah untuk kite tolong reloadkan. Credit yang dapat,kite la yang guna. Nak reload, pastu dapat credit jugak, klik je gambar kat atas k! Kite dah link sesiap. ni saja nak tunjuk je macam-macam barang ada. Kite tengah dok aim nak beli power bank atas belah kiri tu since husband mengadu powerbank dia dah KO. Cool aa powerbank boleh caj guna solar. Ji

CPUV 5 OGOS 2015 : IKEA SALE

Assalamualaikum... Lama nuffnang menghilang pergi beraya... Baru muncul beraya kat blog kite. Muahahaha... CPUV baru dari IKEA. Best-best je sale kat IKEA ni. Rasa macam nak book flight pergi shopping sekarang jugak... Korang tengok sendiri la barang sale dia  ==>>>  SINI Malam ni comfirm pakat urut husband pujuk pergi ikea hujung minggu ni. =)

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com   Antara hadiah yang ditawarkan adalah : +  1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor  * +  2 keping tiket Aquaria KLCC +  Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365 +   RM30 Voucher Parkamaya + RM150 Voucher Parkamaya + RM50 Voucher Pak John Steamboat + Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle) + Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle) + Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle) +  Outdoor Photoshoot by Islam ( Website ) + 5 set Chrochet Heart (5 pemenang) Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015. Anjuran blog :  www.sayaiday.com , www.ayueidris.com , akumohdfakhrulislam.blogspot.com Klik Link ini untuk join contest :  http://goo.gl/H0lgNa

Perkembangan #muhamadthaqifaiman 15bulan

Assalamualaikum... Alhamdulillah pejam celik dah masuk bulan Ogos. Thaqif pun memasuki usia 15bulan. Alhamdulillah anakda membesar dengan sihat dan ceria. Going 15month, Thaqif mind just like a sponge, absorb everything he saw/heard and he will repeat it. Contoh macam gambar bawah ni. Ibu ajak Thaqif buat muka, kuarkan lidah, dia pun join sama. Kurang makan. Ini start lebih kurang seminggu sebelum raya. Masak apa, bekalkan apa-apa pun bagai tak disentuh langsung. Susu pun kurang ketika ditinggalkan. DF laju je. Makan pun keropok ikan tu, roti, biskut tapi dalam skala kecik la. Bagi sekeping biskut, 1/4 keping je makan, lain buat main je.  Raya pun camtu jugak, makan nasi semulut dua terus tak nak. Serius, its break my heart. Risaulah Thaqif tak nak makan. But, I think normal kot, other babies pun melalui jugak musim tak nak makan, banyak main, kurang tidur. Alhamdulillah, 2nd week raya camtu dah balik semula mood makan-nasi goreng, nasi lemak, roti sekeping sekal

Rania Turn's 1 GiveAway!

Assalamualaikum... Mari join giveaway. Elok sangatlah saat ESB dah hujung tanduk, ada pulak giveaway ni. Semoga bertuahlah. Kawan-kawan jom join. sempena birthday Ranis, acik Amy kasi speech sikit untuk Rania. Happy 1st Birthday Princess Rania, acik doakan semoga awak membesar dengan sihat, aktif dan menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama dan negara ye sayang. 

Hari tak boleh online shopping

Assalamualaikum... Hari ni masuk kerja lambat sikit membawa anak teruna pergi ke Klinik Desa untuk timbang 15bulan. Sampai klinik dalam 7.50 + kot. Nurse pun baru nak kemas klinik. Masa sampai klinik tu Thaqif dok syok makan roti coklat lagi, so dok tepi dulu sambil nurse dok tengok buku Thaqif dulu. Pastu nurse cakap, okey marilah timbang.  Kemain le ibu membuka baju Thaqif bagai, baru nurse kata bukak selipar je, bagi dia berdiri kat penimbang sini. Pfff... 1st time mother - tak tahu plak kalau anak dah berjalan lain pulak cara timbang dia.  Tetiba sebak je hati, oh dah besar anak ibu, tak payah timbang sambil baring dah. T__T Masa nak pergi timbang tu debar-debar jugak takut timbangan Thaqif turun atau tak naik. Sekali nurse kata, okey 8.5kg.  Weeee... Rasa nak melompat, lega sangat berat Thaqif naik, walaupun sekadar 400g. Ingat nak kena bebel dengan nurse dah. Syukurlah. Dah setel timbang, nurse interview sikit-sikit, 8.05am dah selamat masuk kereta