Skip to main content

sibuk triple

Assalamualaikum...

Sejak berada di seksyen baru sibuk berganda dari seksyen sebelum ni. Maklumlah banyak benda nak kena belajar dan masukkan ke dalam kepala.
 Banyak sangat step nak buat. 

Look it just a simple step but if forgot 1 step it might harm you in future.
(scary)

Kebanyakan orang kata seksyen ni paling seram.
Sebab seksyen ini umpama orang tengah antara customer dan jabatan-jabatan dalaman.
Mana nak layan customer yang macam-macam soalan, nak cepat setel urusan mereka, tak kurang datang mengamuk etc.
Pastu dengan bahagian penyediaan rekod-rekod. Kadang tak jumpa, lambat jumpa etc.
Belum lagi berhadapan dengan jabatan-jabatan yang menyiapkan laporan etc. Kadang pun mengambil masa dan sebagainya.

Tetapi nasihat orang lama juga.
As long as you do on the right track it wont harm.
As long as you keep in touch you wont be in problem.
Anything, keep update and update and asking.

Satu lagi kekuatan kini di seksyen ni. Bos yang memahami, mendengar dan berusaha bersama untuk menyelesaikan masalah. 

Dok seksyen ni. Berhadapan dengan orang dalaman adalah okey.
Berhadapan dengan customer, kite macam hmm...
Untuk customer yang tak de masalah okey la.
Tapi kadang-kadang bertemu dengan customer yang terlalu memerlukan wang, kesempitan wang pastu urusan mereka tertunggak ke apa.
Kesiannya.
Allah.
Rasa macam down kejap kalau tak dapat tolong.
Pastu istigfar balik, terus bersyukur dikurniakan kesihatan, di beri rezeki oleh Allah, dipermudahkan perjalanan hidup kite dan keluarga.
Untuk customer yang marah ke apa tu so far tak pernah la pulak kite terkena lagi. Adalah customer kurang puas hati. Tapi alhamdulillah dapat cope well.

penat sikit di seksyen ni but insya-Allah boleh biasakan nanti.

Kerja kena ikhlas.

Well...tapi macam dah bosan berada di Rekod. Rasa nak melebarkan sayap kot lain plak. Tapi tak tahu la bila.

Soon...
 ke  Johor atau masih di kelantan darul naim?
(tak nak keluar negeri plizz..)






Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan awak di seksyen baru ni..
    Niat kerja kerana nak membantu orang ramai dan keluarga, insyaAllah mudah nanti kerja kita ni..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan mimi.

    ReplyDelete
  3. Tempat baru, suasana pun baru kan. Take time nak adapt semua benda kan. Hope semuanya dipermudahakn ya

    ReplyDelete
  4. Semoga diperudahkan semua urusan. Happy working kak !

    ReplyDelete
  5. Seram plak baca...macam susah je seksyen u oll ni..apa2 pun hadapi dengan tenang...kadang2 org cakap menakutkan...tp bila sendiri alami x sebegitu pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d