Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Dobi Papa...

Assalamualaikum... Rindunya nak blog tapi malas amat nak taip. Asal bukak nak taip selalu kaku.blurr. Arghh...  Last tutup balik tak jadi tulis entri baru. Padahal kalau boleh nak update semua momen pergi klinik etc journey having 2nd baby ni tapi sungguh simptom mengandung kot malas nak blog menyebabkan segalanya terbangkalai. Huhuhu...  Tapi wajib blogwalking.cuma rajin dengan tidak je tinggal komen... Alhamdulillah sekarang dah 35minggu. Menghitung hari-hari terakhir sebelum berjumpa cinta hati yang baru. Okey. Bukan itu nak cerita. Nak cerita pasal dobi baju baby.  Kalau anak sulung dulu kemain ibu rajin. By 28weeks gitu dah siap-siap dobi, peralatan dobi bagai dah complete la pastu memang rajin dok rendam sampai 3 baldi baju baby semua. Sehelai-sehelai ibu belai baju tu. Kohkohkoh... Untuk anak kedua ni, tengok baldi pun tak lalu. Lebih cepat penat kali ni, lagi-lagi nak melayan abam Thaqif lagi. Ibu mandi 5-10 minit pun dia kat luar bilik air 10x dok 'a

Lost World kat rumah je

Assalamualaikum... Konon hari tu pergi K.kangsar plan baik punya nak terus ke Lost World bagai. Hmm... Sudahnya tak jadi. Kos besor amat... Maka... cukup-cukuplah untuk Thaqif buat je lost world kat belakang umah. Weekend. Sesekali melayan anak main air seronok.  10-15minit mandi sengsorang dah bosan pastu sibuk tarik ibu masuk dalam kolam mandi sama-sama dengan dia... Saborr jelah!  Baby dalam perut pun excited sangat. Teruja kot dengar abang Thaqif dok jerit-jerit, gelak seronok ibu join dia mandi. Lepas 45minit berendam. Tak dan pakai baju mintak nasi, mintak yogurt.  Cepat betul anak membesar. Kejap je. Pejam celik pejam dah nak masuk 2 tahun anak ibu ni.  Nak dapat adik dah.

CPUV FEBRUARI 2016

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Jarang update pun nuffnang masih bagi iklan-iklan jugak. Rezeki Februari gitu. **walaupun entri macam dah basi tetap nak update buat kenangan dengan encik nuffnang

Baby & Kidz Fair 25-27 Februari 2016 @ KTC

Assalamualaikum... Asal baby & kidz fair je memang i'olls teruja. Teruja nak cuci mata dan shopping aka survey harga. Lagi-lagi bila tengok Baby& Kidz Fair di KTC kali ni lebih banyak booth join kali ni. Konon janji dengan kawan kiri kanan nak pergi tapi habuk pun takde. Last-last Kak Salma je pun teman mak buyung pergi shopping. Teruja benar i'olls. Pergi on 1st day tu time lunch hour. Pergi-pergi orang dah macam lautan kat kaunter pendaftaran. OMG. Biasa tak macam ni pun sebelum ni, mungkin hari gaji kot.Tak kuasa nak beratur demi 1 goodies bag. Terus je masuk ke dalam survey apa yang patut. 1st booth shopping. Baju si abam Thaqif. Sehelai RM5 je. Grab 2 pasang. Jumpsuit tu je harga RM10-15 kot. Lupa. Stokin untuk adik baby nanti la. Walaupun stokin zaman abam Thaqif dulu banyak. Baby pun berhak dapat stokin baru juga okey. Tak tahu nape pilih dot-dot ala girlish plak la tengok padahal tak tahu gender pun lagi adik baby. Huhu... Lantok situ... yang