Skip to main content

Mencurangi Drypers

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...
Apa cerita raya kali ni?
Alhamdulillah. Raya kali ni dapatlah kami sekeluarga beraya bersama. Suami balik beraya. Hehehe...
Harapan raya kali ni pulak untuk bagi Thaqif merasai suasana raya korban, tengok lembu kena sembelih pun tercapai.

Eh. Tersasar dari tajuk pulak.

Setelah sekian lama menjadi pengguna tegar drypers wee wee dry...
Kini dah pun mula curang...
Dah lama nak curang tapi selalu cam susah la. Kite ni memang jenis die hard fan. Kalau dah 1 brand tu digemari, memang sampai mati pakai brand itulah. Pad pun masih pakai brand sama dari memula period tu walaupun dah berapa kali tukar packaging etc.
 Begitulah jugak dengan drypers ni. Bila drypers dah 'upgrade' baru, dengan harga baru ni memang terasalah dia punya impak tu, tambah-tambah anak dah dua lagilah fikir banyak kali tentang perbelanjaan semua.
Tapi masih stick pada drypers sebab anak-anak masih okey pakai drypers tu, takde masalah bocor etc walaupun banyak je orang dok komplin kat fb tentang kualiti drypers tu. Sempat menghabiskan  sekotak seorang brand drypers tu.
Bulan ni, patut order dah stok diapers tu tapi sengaja malas-malas, lambat-lambatkan sebab dilema sangat.
Husband balik nak beraya, terus hint, diapers anak habis, jom g beli. Husband dah, eh tak sempat order ke?
**jongket bahu je**


Mamy poko pants untuk abang, baby like untuk adik.

Pants dipilih sebab Thaqif sekang dalam mode potty training. Diapers time dok ngan atok/jalan-jalan je. Kadang-kadang mode swing tak nak pakai diapers, bayangkan jelah beberapa keping dikoyak dalam sehari. Beli pants jelah senang, takde masalah diapers kena koyak dah.
Baby like pulak dipilih sebab review dari kakak kite pakai kat anak dia okey je, pastu murah pulak. Harap-harap Aisyah pun okey la.

Comments

  1. dah lama curang sejak anak pertama rash bila pakai..

    ReplyDelete
  2. bila dh sesuai satu jenama tu nk tukar brand lain dh rasa ehhh bole percaya dak..ok dak brand ni

    ReplyDelete
  3. baby like tu bukan nipis sangat ke..

    sebab dah penah try..
    takleh nak 'in" sangat dengan baby like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah baby like nipis sikit.tp aisyah jenis xkencing byk n kerap tukar diapers lagi.maka harap2 ok la.

      Delete
  4. Assalamualaikum..kita pakai tesco love baby utk adam & umar. Serasi. Tebal dan murah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jugak try tesco loves tp xselalu ke tesco, dan biasa diapers ni stok beli kotak thru online jer.ni berani curang drypes sbb kbtln diapers abes time suami ada kat rumah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d