Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

MYLARA Skincare

Assalamualaikum Jom join giveaway Syaratnya mudah sahaja Follow blog  Sha  &  INI . Buat entry mengenai MYLARA Skincare boleh salin di  SINI . Tajuk entry anda mestilah  "MYLARA Skincare" Komen penyertaan anda di entry ini. Giveaway ini akan berakhir pada 15 Oktober 2017. Pengumuman pemenang pada 17 Oktober 2017.

Chilindo berhantu

Assalamualaikum. Tenggelam timbul. Seminggu dua ni dok tengok status kawan-kawan pasal bidding, chilindo. Teruslah tak nak kalah jugak ambil tahu apa benda la chilindo ni. Bukak. Pastu tutup sebab tak tak faham macam mana nak main. Kuno sangat. Again tengok status beli barang 5-6-7 item tapi dalam bajet RM30 ajerr. Ko tak tergoda? Cuba la bukak lagi. Pastu test bid. Kebetulan tengah mood cari electric pump untuk kolam mandi anak-anak. Bid.bid. Menang. Harga RM1+.++ je. Teruja benar terus check out. Tak sampai 3 hari barang pun sampai kat rumah. Yeay. Pastu baru tahu boleh aje, kumpul banyak-banyak barang dalam troli baru check out. Postage flat rate RM8 sahaja. Maka, bernafsu tamak berserta gila bid. Bid aje apa yang berkenan. Letak bajet bawah RM30 gitu untuk total. Masa nak check out gatal pergi bagitau husband-konon nak tanya pendapat jer benda perlu ke tidokk sebab ada la satu dua barang suka-suka jer bid sekali menang. Husband te

hi...bye

Assalamualaikum.  Sekian lama sepi. Fuhhh... Dah berhabuk blog. Rindu blogging tapi tuntutan kerja, sibuk amat. Entri dalam draf bersusun tapi tak sempat menaip. Tengah usaha internet dirumah. Moga cepat la jumpa yang ada line kat rumah tu.  Baru boleh susun jadual aktifkan balik blog ni. Sebab sibuk, kadang e-mel pun tak terjenguk, tahu-tahu dah terlepas date jemputan event nuffnang buat sekian kali. Kohkohkoh... Bukan terlalu nak kejar glams pergi event tapi nak cari semangat untuk keep on blog. I miss blog. Typing..typing...and more typing... Doakan yang baik-baik.

Dah nak puasa...

Assalamualaikum. Kejap je masa, dah nak puasa pulak dah. Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ni. Teruja dan nervous jugak untuk puasa kali ini. Maka, pantang masa free lunch hour, sibuk la i'olls google resepi enak dan mudah untuk berbuka dan bersahur. 4 tahun kahwin. Ni la kot tahun pertama nak jamu husband di bulan puasa. Bersahur dan berbuka bersama. Puasa pertama sebagai suami isteri, rasanya minggu terakhir puasa jelah memasak, sebab sebelum tu hidup menumpang kasih dibilik sewa aje. Nanhadoo masak le, makan kat luar atau nasi bungkus jelah hari-hari, sahur sekadar air secawan bersama roti. Tahun seterusnya, baru lepas habis pantang. Suami balik berpuasa seminggu je kot. Pastu nomad rumah sendiri dan rumah mertua je.   Tahun ketiga pulak, suami balik puasa lebih kurang seminggu dua jugak. Tak ingat. Yang tahu seminggu sebelum raya, husband balik bertugas. Mak mertua accident masa tu.  Tahun ke-4, sekali lagi mode pantang

Nur Aisyah Tasnim turns 1

Assalamualaikum 08.05.16 - 08.05.17  Hoorey. Big journey for me. Graduate as a bf mom for a year. Cries. Anak bujang dulu fully bf sampai 8 bulan je, lepas tu dah campur FM disebabkan stok habis rosak masa banjir besar 2014, pastu dah tak dan kejar stok kemudian mengandung lagi. Aisyah ni rezeki lebih, alhamdulillah setahun menyusukan dia. Pastu jenis tak nak FM. Diyakini sebab dia suka main botol abang, lepas tu rasa susu terus luak balik. Hahaha. Dah setahun puteri ibu ni. Anak manja toink toink. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan buatnya. Di usia setahun, Aisyah dah pandai macam-macam. Pandai main ciku cak. Juara bab memanjat kerusi, meja. Kami sekeluarga memang tak mampu makan diatas meja makan dengan aman dah, kejap je dia dok bersila kat atas meja tu. Dah pandai berjalan dah, kalau ibu hilang ke dapur, kejap lagi pusing dia dah ada ada sama situ terkedek-kedek ikut ibu ke mana pun. Gigi pun dah nak 4 batang. Pastu acah-acah test gigit tangan ibu sokmo. Un

Muhamad Thaqif Aiman turns 3

Assalamualaikum... Pejam celik.  06.05.2014 - 06.05.2017. Dah 3 tahun umur anak bujangku. Kejap je masa berlalu.  Muka budak di hari cukup umur 3 tahun. Berisi dah dia. Konon tahun ni excited sebab nak sambut birthday dua anak. Nak la buat celebration panggil jiran tetangga, goreng bihun sebungkus dua, buat goodies bag bagai. Sekali papa dapat perkhabaran kena training kat Melaka pulak selama 2 bulan, 17/5/17 baru habis training tu. Maka huhuhu jelah niat ibu tu. Sambut birthday kat melaka masa passing out papa jelah. Tapi ibu tak pernah la puas hati kalau tak buat apa-apa diharijadi anak. Konon buat la apam coklat 2 adunan, boleh bagi kat atok opah sikit, bagi jugak kat taska Aisyah.  Thaqif cakap "abang tak nak kek kecik, ibu buat kek besar" Hamboiii...macamlah dia habis makan kek sebijik tu kalau buat pun. Since hadiah anak-anak dah beli sikit-sikit dari awal tahun. Hehehe... Ibu pun menggedik balut siap. Pastu tak tau nak bagi ke tak kat anak.

Thaqif vs potty training part 3

Assalamualaikum... Hi! Huh. Lama norr terbengkalai potty training Thaqif. Selalu terbangkalai sebab atok masih belum beri kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan potty training ni. Maka, ibu pun kadang-kadang jadi MALAS juga. Bulan lepas, Taufik balik bercuti hampir 2 minggu. Konon berkobarlah masa tu. Siap pesan kat Taufik tu, Papa, papa cuti ni jaga Thaqif, jangan pakaikan pampers k kat Thaqif, ajar dia ke toilet ye kencing, berak. Sabar banyak-banyak ye. Kira, kalau seminggu direct tanpa diapers, Thaqif akan berjaya juga dengan atok nanti, boleh spin atok untuk percaya kat Thaqif la. Tapi langit tak selalu cerah, banyak pulak ibu MC, pergi bercuti la, balik rumah Mok Tok semua. Hmm... Terkuburlah la latihan tanpa lampin pakai buang itu. 16 Mac 2017-malam. Lepas mandi petang tu, pujuk-pujuk Thaqif tak payah pakai pampers la ye. Dia pun okey. Dalam dok lepak-lepak depan tv tu borak-borak cakap belajar la tak payah pakai pampers dah, nanti duit pampers ibu simpan tahun d

My new chat friend :cimb eva

Assalamualaikum Since dok berbisnes lanii update sikit la-download apps online banking. Senang nak view customer transfer duit. Hari tau download apps cimb eva.  Senang je main chat je dengan eva ni kalau nak topup, dan bayar bil. Jakun. Teruja dengan si eva yang pantas respon bila nak topup, nak bayar bil. Kadang rasa dah jadi addict pulak dok chat dengan dia hari-hari. Rasa macam lonely, suami ku yang sedang berkursus tu tak reply whatsapp, kite pergi chat dengan dia jelah. kohkohkoh...

Gelagat dua beradik

Throwback 31 March 2017 Ibu masak tiub besikal untuk anak2 hari ni. Siap makan pakat menggelumpur kat bakul mainan.  Hat abang elok main kat bawah, heroin ibu gop sokmo buat benda out of the box.😅😅😅 Lantok situ,pandai masuk pandai keluar la dikk oiii... #muhamadthaqifaiman #nuraisyahtasnim #siblingslove #AtoTjuniors #ultimateloveAtoT

Set Dapur Memasak Mainan Untuk Nur Aisyah Tasnim

Assalamualaikum. Teruja tahun ni dua anak terus sambut birthday pada bulan sama atau lebih tepat selang sehari je birthday diorang. Dari tahun lepas ibu excited plan untuk buat birthday party untuk diorang berdua ni. Siap fikir tema, nak booking kek dah dari awal tahun aritu. Tapi papa pulak masih dalam kursus pada hari jadi mereka nanti maka takdelah birthday party vavavoom sangat. Tunggu jelah papa habis kursus baru kita tengok bajet balik sebab comfirm bajet lari dah pergi hari passing out papa nanti. Namun, untuk anak-anak tersayang. Ibu memang selalu teruja, masih la ibu berdikit-dikit membelikan hadiah/mainan untuk anak-anak.  Ada anak perempuan, teruja sangat nak beli set dapur masak-masak.  Dari tahun lepas dok survey, tapi tak beli-beli sebab harga tak mencapai piawai. (selalu tak berpuas hati pasal postage je pun) Last week dok survey 11 street. Sekali jumpa murah. Terus rembat jelah.  Dibantu dengan point BCard pulak. Bayar jelah RM

Roti bunga

06.04.17, dalam kereta. Thaqif: atok.nak roti bunga.(tunjuk depan) Ibu: roti bunga? Atok: mana ada roti bunga. Thaqif : adalah roti bunga. Ibu :ni ke? Thaqif : yelah. Roti bunga. Korang tahu ke roti bunga macam mana?  ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ . . . . . . . . . . . . . .

kembali pada Drypers

Assalamualaikum... Muahahaha... Kemain aritu buat entri mencurangi drypers. Sekali takdan setengah tahun balik semula kat Drypers sebab jenuh nak pergi supermarket shopping diapers tiap-tiap bulan.  Drypers je yang paling mudah beli online pastu saiz tu sedang elok kat anak harga pulak pandai-pandai pilih time shopping la comfirm dapat harga yang murah dan berbaloi. Pet-pet pun mudah beli kotak, harga pun murah tapi ntah tak sesuai sangat kat Aisyah. Saiz M pet-pet tu pendek sikit. Nampak tak selesa je Aisyah pakai. Ibu malas pening kepala, terus kembali jelah kat drypers. Tapi Aisyah jelah pakai drypers. Thaqif pakai diapex wonderpants. Drypers pants tak sesuai untuk Thaqif, selalu je bocor-bocor walaupun kencing sikit, berak sikit. Jenuh menyental seluar bujang tu. Sebelum pakai wonderpants ni dok pakai mamypoko standard pants tu. Fit elok untuk Thaqif, tahan bocor si mamypoko tu tapi satu je ibu tak berkenan bau kencing kuat sangat. Takde anti-bau gitu. Kadan

Churros Mudah dan Sedap Sebagai Kudapan Anak-Anak

Assalamualaikum. Si anak dara- Aisyah, walaupun baru 11 bulan tapi memang macam dah besar sangat, tak makan dah bubur, segala puree tu. Pfff... Ibu pun nanhado dah semangat berbekalkan dia lagi. Makan macam orang besar je, nasi biji berlauk ikan, ayam,sayur. Bila tak nak di luah aje, pakej tolong lap lagi. T__T Terlalu bercirikan anak perempuan. Weekdays are to busy with works. Hari minggu jelah ada untuk spend masa dengan anak-anak. Maka, hari minggu jelah ibu manjakan anak-anak dengan air tangan ibu.

Lazada Malaysia Blogger Contest

Assalamualaikum... Sempena 5 tahun Lazada, Lazada buat contest untuk para blogger. Sebagai pembeli tegar di Lazada Malaysia, haruslah Aimi rebut peluang untuk sertai juga contest ini. Tapi sebelum tu, nak ucap Happy birthday  LAZADA MALAYSIA !!!!! a. What do you love about Lazada Malaysia? 1. Lazada memudahkan hidup saya - Sebagai ibu kepada dua anak kecil, nak keluar shopping tu adalah 1 perkara paling malas sebab nanti tak tercapai pun shopping list yang dibawa dari rumah. Tapi dengan Lazada, klik-klik je nanti barang sampai dah kat rumah. Jimat masa dan tenaga juga. 2. Harga yang berbaloi dengan diskaun menarik - Bab harga ni paling la Aimi berkira tau, walaupun beza harga seposen tapi itu boleh mengubah fikiran Aimi setiap kali nak membeli dimana-mana. Selalunya Aimi akan dapatkan harga yang lebih murah di Lazada berbanding diluar. Tipsnya rajin survey, dan alert dengan Lazada sale. 3. Pelbagai barang

Uyul Rosli 1st Giveaway

Assalamualaikum  SENARAI HADIAH:  3 X 100PCS Name Card  (T&C) 2 X RM10 Topup 2 X RM5 Topup Pemenang akan dipilih melalui random.org dan akan diumumkan pada  28 Mac 2017 (Selasa). Jom join samaa...

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017 JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY : 1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY 2. ikuti syarat lain seperti entry SINI . 3. Letakkan link entry korang di SINI .

Nur Aisyah Tasnim turning 10month today

Assalamualaikum... Official 10month old today! 8kg sudah. Ibu kemain bersorak yeay naik berat anak ibu 200g arinie... Sekali nurse kata sikitnya naik berat dia. 😅😅😅 Pulak.bulan lepas nurse kata naik  100g pun xpe,janji berat tambah je. Apa2 jelah.asalkan ibu tahu anak ibu sihat dan aktif. Berat tu angka sahaja. Eh.tak aci share gambar adik je. Nah. Share gambar abang jugak. 2year 10month boy. Jantung dan hati ibu. Hilang satu memang meroyan la ibu. Moga jadi anak yang baik ye anak-anak ibu.

Tabung 2017- semoga terus istiqomah

Assalamualaikum. Walaupun dah memasuki suku tahun pertama. Masih belum terlambat untuk mula menabung juga. 52 Weeks Savings Tabung hijau. Dua tabung ni mula sediakan pertengahan Januari dah kot sebab awal-awal tu hmm takde mood.  Alhamdulillah la, walaupun mula lambat sempatlah kejar jugak simpanan, tabung hijau memacu laju hingga cecah ratus dah pun. Tabung syiling Tabung baru yang dibawa dari Selangor sana. Tabung ni keterujaan buat Thaqif la. Hari-hari minta duit dengan ibu nak masuk tabung. Kadang tukar duit syiling dengan kawan office seringgit dua sehari demi bagi Thaqif masuk tabung dia. Keep it up boy!

Hadiah giveaway diraikan bersama keluarga...

Assalamualaikum... Hari tu kan menang cash RM50. Petang tu jugak pergi ATM keluarkan duit nak belanja suami, anak-anak, atok serta opah. Semangat.  Walaupun ada lagi duit ditangan, tapi saja nak rasa pegang duit fresh hasil kemenangan itu. Maafkan sis yang poyo. Balik kerja tu satu keluarga datang sambil nak melawat jiran belakang rumah masuk wad. Alang-alang semua dah ada, terus jelah berhenti kat Eddlee Fried Chicken. Niat asal nak beli mushroom soup, bubur nasi dan ayam goreng, tapi sup dan bubur takde. Takkan nak makan ayam goreng semata. Marilah beli chicken chop.  4set chicken chop, 4 ketul ayam goreng. Rm38.80 Duit baki masuk ke tabung anak-anak. Thaqif paling teruja dapat ayam goreng, dari kat kaunter bayaran pun lagi dia dah sibuk nak makan, dalam kereta dok mengunyah dah.

Wordless Wednesday : Vivo V5

Assalamualaikum... Hello March! Hari tu kemain mengadu kat blog nak telefon baru. Amboi ada yang siap remind kite, lagi seminggu dua nak masuk Mac dah. Perli ke kite pakai telefon cabuk? Aip.aip.aip. Gegurau je, jangan marah naa... Nah..dah beli dah sebenarnya cuma tak menyempat update. Hiks... Vivo V5 je. 20mp +8mp  For the perfect Selfie. Eh.  Hahahhaa...

Terpilih untuk di review melalui Segmen Bloglisted Misya

Assalamualaikum Alhamdulillah.  Sekali lagi rezeki lagi. Terpilih untuk di review melalui segmen Bloglisted Misya... Yeay!  TQ misya. cannot wait to read your write.

Menang Wang Tunai RM50 dalam Thomas Town Giveaway By Zai Zamree

Assalamualaikum... Tudia... seminggu dok rumah masuk pejabat terus liat nak buat kerja.  Minggu lepas memang perut ala meragam gastrik/angin, dok bertahan je, Rabu tu terus pergi klinik la amek MC. Buat muka kesian dengan doktor dapat 2 hari MC. Kohkohkoh...  Konon belek blog dulu. Cari mood gitu. Blogwalking kat blog yang kite pernah join GA. Terbelek la blog kak Zai Zamree tu sebab agak berharap nak menang. Mana tau rezeki nak terjah ke Johor.  Husband kan dah ada kat sana tapi harapan norr la nak pergi sana tanpa alasan. Konon, kalau la menang tiket Thomas Town boleh la buat jadikan alasan sampai kat Johor lagi sekali bersama anak-anak. Tapi pada masa taklah menaruh harapan sangat. Takut jatuh bedebukkk dengan angan-angan itu. Tengok memang taklah menang tiket tersebut. Scroll ke bawah. Eh.eh.eh.eh. Rasa macam sesuatu je dengan no penyertaan tu, terus belek senarai peserta. Alhamdulillah.  Menang jugak. RM50 cash. Terus teruja, laju-laju

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum.. Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk  Chia Seed  SlimmTreats  selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua. Senarai Hadiah  Wang Tunai RM50 x 5 pemenang Wang Tunai RM20 x 1 pemenang Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang 1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang. Syarat-syarat penyertaan: 1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog . 2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway "  GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 " .. 3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb) Slimmtreats: http://www.slimmtreats.com http://www.facebook.com/

Throwback : Perkembangan Nur Aisyah Tasnim 0-6 bulan

Assalamualaikum... Ibu anak dua. Zaman anak satu dahulu kemain update perkembangan anak setiap bulan. Pheww... Sekarang anak dah dua terus krikkrikkrik...  Bukan pilih kasih tapi sungguh sibuk. Sekarang kerja di seksyen baharu (walaupun dah setahun disini) masih terasa baru jugak. Waktu kerja pun padat sangat. Stress kerja menjadikan hari-hari wajib la keluar lunch. Nak tengok dunia luar jugak. Asyik mengadap komputer dan menjawab telefon yang berhenti berdering tu je kan. Marilah ada masa untuk diri sendiri jugak. Sorry darlings Nur Aisyah Tasnim. Kasih ibu tak kurang setitik untuk kamu jua. Ibu sayang anak-anak sama rata. Kalau rasa berbeza layanan itu hanyalah mengikut rentak anak-anak. Anak bujang ibu dah pandai menjauh hati maka ibu sentiasa perlu memeluk dan memujuk dia. Anak perempuan ibu pun manja tapi lasak dan berdikari. Ibu sentiasa geram nak gomol hookey. Nur Aisyah Tasnim, anak kedua kot, lahirnya terus pandai berdikari. Senang menjaganya. Bula

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

KLIK BANNER UNTUK JOIN SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI! 1. Mieza Suhaini Nature Republic Essence x 1 pemenang Topup RM 5 x 1 pemenang 2. Miss BaNu Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang 3. Madihah Topup RM 5 x 2 pemenang 4. Amira Azahar Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang 5. Junzie Topup RM 30 x 2 pemenang 6. Lea Azleeya Topup RM 5 x 2 pemenang 7. Sarah Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang 8. Syaz Topup RM 5 x 2 pemenang 9. Liyana Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang 10. Unni Anje Topup RM 10 x 2 pemenang 11. Farrah Topup RM 5 x 2 pemenang 12. Cik Renex Bantal Burung Hantu x 1 pemenang Topup RM 5 x 1 pemenang 13. Sa-viors Topup RM 5 x 2 pemenang Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang 14. Nik Ainaa Tunai RM 10 x 2 pemenang 15. Shikin Razali Tunai RM 10 x 2

Giveaway by Fatin Diana

Assalamualaikum

already february

Assalamualaikum... Pejam celik pejam celik. Dah masuk februari dah pun. Cepatnya masa berlalu. Entri untuk tahun ni semata-mata segmen/giveaway camgitu jelah. Wuuu... kemain la niat/azam tahun ni nak rajin berblog juga, namun sibuknya dengan phone ala-ala nak hidup je terus mood blogging terbang. Blogwalking aje banyak. Banyak sebenarnya nak cerita, nak kongsi, pasal anak-anak, keluarga, semua... Doakan la laju-laju telefon baru mendarat kat tangan ni haaa...  Baru laju-laju kot nak update. Ngehngehngeh...

Sambal Goreng Cik Nor sedap oii...

Assalamualaikum... Dah few years kot dok dengar pasal sambal goreng cik nor terutama bulan puasa. Famous sangat la orang dok bercerita.  Konon pembuka selera selepas seharian berpuasa dan juga untuk bersahur. Selama ni malasnya nak beli. Nak rasa, nak beli online seketul macam tak berbaloi nak bayar pos.  (cik mimi memang kedekut) Beberapa minggu lepas, nah ada staf datang jual sini. Bagi tester. Eh. Sedap jugak. Ratah pun ok. Adoi. Kalau dapat nasi panas-panas lagi syokk terangkat. Terus la order nak sebekas.  Dah dapat sambal goreng itu. Balik kerja terus masak nasi, goreng telur mata sebijik, tabur dengan sambal goreng itu. Pheww... Bertambah-tambah nasi. Makan nasi air aka bubur nasi takde lauk, tak payah risau tabur je dengan sambal goreng cik nor ni terus suap tanpa henti. Walaupun pedas sambal goreng ni tapi sedapppp... Jangan tak percaya jugak, Thaqif suka jugak meratah sambal goreng cik nor ni. Suka mengutip ikan bilis je, abes sekor ikan