Followers

Thursday, 25 May 2017

Dah nak puasa...

Assalamualaikum.

Kejap je masa, dah nak puasa pulak dah.

Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ni.

Teruja dan nervous jugak untuk puasa kali ini.

Maka, pantang masa free lunch hour, sibuk la i'olls google resepi enak dan mudah untuk berbuka dan bersahur.

4 tahun kahwin. Ni la kot tahun pertama nak jamu husband di bulan puasa. Bersahur dan berbuka bersama.

Puasa pertama sebagai suami isteri, rasanya minggu terakhir puasa jelah memasak, sebab sebelum tu hidup menumpang kasih dibilik sewa aje. Nanhadoo masak le, makan kat luar atau nasi bungkus jelah hari-hari, sahur sekadar air secawan bersama roti.

Tahun seterusnya, baru lepas habis pantang. Suami balik berpuasa seminggu je kot. Pastu nomad rumah sendiri dan rumah mertua je.  

Tahun ketiga pulak, suami balik puasa lebih kurang seminggu dua jugak. Tak ingat. Yang tahu seminggu sebelum raya, husband balik bertugas. Mak mertua accident masa tu. 

Tahun ke-4, sekali lagi mode pantang on. Puasa elok sebulan bersalin tak silap.
Pun suami balik seminggu gitu je jugak. Dah kata anak kecik, biasalah tak payah beria masak sangat makan jelah apa yang adoo.

Tahun ni tahun kelima nak sambut ramadan bersama.
Alhamdulillah, kerja baru husband dapat posting kat Setiu. 2jam perjalanan dari rumah.
Husband kata mungkin ulang alik jelah dulu sebulan dua ni.
Namun bergantung pada tugasan.

Haish... PJJ masih berterusan nampaknya.

Nak bertukar tinggal di sisi suami, sayang pulak nak tinggalkan rumah sendiri. Banyak perubahan akan berlaku, kerja ditempat baru, anak-anak, pengasuh, sekolah. Banyak faktor kena fikir.

Dilema sangat.

Tapi dah janji juga dengan husband dulu, kali ni kemana dia dapat isteri akan ikut.

Mungkin bulan ramadan memberikan signal yang baik untuk kami sekeluarga.


Eh. Terus masuk luahan perasaan pulak.

Apa-pun selamat menyambut bulan ramadan 2017.

Eh. Korang dah buat persiapan raya tak?






6 comments:

  1. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  2. Sama lah kita...saya dh 8 thn kawin..baru thn ni dan thn 2010 merasa puasa penuh dgn suami.yg lain...byk PJJ.ada tahun yg raya pun x sambut sama
    Sejak suami ubah career ni..insyaAllah ad sinar baru pd family kami utk hidup macam family normal.dh lama pendam rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salute la 8 tahun pjj.kami 3 tahun pun rasa nak nangis hari2 kala terkenang.nak2 bila berbuka puasa sorang.sayu sangat

      Delete
  3. hihi sy komen ni dah 5 Ramadhan so nak wish selamat berpuasa ..

    alhamdulillah..akhirnya bersatu la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga.
      alhamdulillah.gitu la.harapnya lepas ni takde pjj lagi.

      Delete
  4. ehhh dah raya dah pon...selamat hari raya Aimi...semoga pjj bertukar ke pjd plak (perhubungan jarak dekat) hehehehee

    ReplyDelete